Sekali lagi, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Kewangan dan Perbankan Islam) dengan kerjasama daripada Persatuan Eksekutif Mualamat (PERTEMU) telah berjaya menganjurkan "Program Pemantapan Jati Diri & Rehlah ke Darul Takzim". Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 17 oktober sehingga 19 oktober 2014, yang diadakan di negeri Johor Darul Takzim.
Objektif program ini adalah disamping dapat mengeratkan Silaturrahim antara mahasiswa/i, ia juga adalah sebagai alternatif mengurangkan tekanan kepada mahasiswa/i sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester.
Berikut adalah gambar-gambar program tersebut.
 |
| Melepaskan lelah selepas perjalanan jauh dari utara tanah air. Peserta merakamkan kenangan di hadapan Masjid Jamek Dato Bentara Luar, Batu Pahat, Johor D.T. |
|
|
|
|
 |
| Peserta lelaki sempat ber'selfie' di perkarangan Pantai Telok Gorek, Mersing, Johor D.T. |
 |
| Disamping aktiviti fizikal, peserta juga menerima suntikan rohani daripada Ustaz Muhaimin Mahmud (UMM) |
|
 |
| Mantan Presiden Pertemu bersama pembantu pemandu bas yang sangat sporting, bergambar di atas Gunung Arong, Johor |
 |
| Perjalanan pulang, singgah seketika di bumi bersejarah negeri Melaka, mencari 'ole-ole' untuk dibawa pulang ke negeri Kedah Darul Aman. Para peserta sempat bergambar di hadapan Kapal lama tinggalan penjajah |
No comments:
Post a Comment