Our Blog

Majlis Perjumpaan & Sambutan Aidilfitri Keluarga BIBF 2014


Kelab BIBF telah menganjurkan sebuah majlis perjumpaan dan sambutan Aidilfitri keluarga BIBF pada 19 Ogos 2014. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan KUIN, Prof. Dr. Che Ani bin Mad @ Ahmad, Timbalan Dekan Pasca Siswazah Kuliyyah Muamalat, En. Yusuf bin Haji Othman, Ustaz Wan Najmi bin Mohamed Fisol (Dekan Kuliyyah Muamalat Sesi 2014/15), dan Ketua Jabatan BIBF, Puan Izatul Akmar binti Ismail, serta dua orang pensyarah daripada Kuliyah Usuluddin, Ustazah Norazlina binti Zakaria dan Ustazah Tengku Zawani binti Tengku Zawawi.

Pada majlis tersebut, kami mengambil sedikit masa untuk memperkenalkan barisan kepimpinan terbaru Kelab BIBF untuk sesi tersebut di samping menerangkan beberapa program yang akan dianjurkan oleh kami. Timbalan Rektor juga diberi ruang waktu untuk memberikan sedikit ucapannya yang mampu menambahkan lagi semangat kami sebagai pelajar BIBF. Seketika kemudiannya, Ketua Jabatan BIBF pula memberi ucapan yang kemudiannya ditambah dengan informasi berkenaan dengan bantuan MARA.

Selesai ucapan, setiap hadirin yang hadir pada majlis tersebut dijemput untuk menjamu selera. Dalam masa yang sama, barisan pensyarah diketuai oleh Prof. Dr. Che Ani dijemput untuk memotong kek sebagai tanda meraikan kehadiran keluarga BIBF itu sendiri. Tidak kurang juga dengan celoteh En. Yusuf yang 'selfie' bersama barisan pensyarah.

Berikut adalah gambar-gambar majlis tersebut.
 
Prof. Dr. Che Ani bin Mad @ Ahmad memberi sedikit ucapan.
Pengerusi majlis yang penuh dedikasi.

'Selfie' daripada barisan pensyarah.

'Selfie' daripada barisan pelajar.


No comments:

Post a Comment

BIBF Club Designed by BIBF KUIN | BIBF KUIN Copyright © 2014

Theme images by PK-Photos. Powered by Blogger.