Our Blog

Muamalat Bowling Championship '14


Bertepatan pada 11 Oktober 2014, dengan kerjasama daripada pelajar BBA dan BACC, Kelab BIBF telah menganjurkan satu pertandingan bowling yang diberi nama "Muamalat Bowling Championship". Pertandingan ini diadakan di Kedah Bowl, City Plaza, Alor Setar, Kedah. 

Tujuan pertandingan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara ketiga-tiga kuliah terbesar di Kuliyyah Muamalat dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kami telah menerima sebanyak 8 penyertaan termasuk daripada ketua-ketua jabatan pada sesi tersebut iaitu, Puan Izatul Akmar binti Ismail (BIBF) dan Encik Mohd Farid bin Abd Latib (BBA).

Berhubung dengan pertandingan ini, kami bercadang agar pertandingan ini dapat dijadikan sebagai acara tahunan yang mana piala pusingan akan diberikan kepada pemenang keseluruhan. Pertandingan ini berakhir dengan kemenangan mutlak daripada pasukan BIBF.

Berikut adalah gambar-gambar pertandingan yang telah berlangsung.




No comments:

Post a Comment

BIBF Club Designed by BIBF KUIN | BIBF KUIN Copyright © 2014

Theme images by PK-Photos. Powered by Blogger.